Tuesday, June 29, 2010

MUFLIS

Oh tidak....semua org xnk muflis kan...Tp entry kali nie bukan pasal muflis kat dunia...
klo kat dunia nie kte tahu definisi nye kan...muflis pada zaman sekarang nie seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang )yang tidak mampu dibayar....

Tp nie lain lak....."Adakah anda semua mengetahui siapakah org yang muflis?"Sebagaimana biasa,salah satu teknik yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mendidik adalah dgn cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukan persoalan,diikuti dgn penjelasan Baginda kepada persoalan tersbut....

Para sahabat menjawab,"Muflis dalam kalangan kami ialah org yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta(aset)."Jawapan  tersebut adalah mengikut kefahaman masyarakt ketika itu....

Lantas Rasulullah menjelaskan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan.Baginda bersabda yang bermaksud:"Org yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseotang yang dibangkitakan di akhirat kelak bersama2 dgn pahala solat,puasa,dan zakat yang pernah dilakukan semsa di dunia....Namun pada masa yang sama ,dia juga membawa dosa memaki hamun org lain,menfitnah,memakan harta orang,menumpahkan darah dan memukul orang...Waktu perbicaraan(akhirat),diambil pahalanya (si muflis)dan dibayar kpd mangsa2 tersebut.Dan sekiranya  telah habis pahalanya,diambil pula dosa-dosa mangsanya,lalu dibebankan kepada si muflis."Kemudian dihumban kedalam neraka!"(Riwayat Abu Hurairah,no 2581)...
Ya Allah...penjelasan Baginda amat menggerunkan hati2 org yang tersemai iman didasarnya,mereka bimbang akan terjerumus dgn kancah muflis.....Ya Allah ak x takut muflis didunia...tp ak amat gerun jika muflis di akhirat.....Seseorang yag diisytiharkan muflis didunia masih ada yg boleh membantu,Tapi apabila disiytiharkan muflis diakhirat,mana hala tuju lagi selain neraka...

Bagaimana mengelak dari muflis???
Ada dua pilihan sahaja untuk mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis diakhirat...
1.Sama ada tidak melakukan dosa terhadap manusia lain atau sekiranya telah melakukanya,mestilah memohon maaf dan redha daripada mangsa ketika didunia lagi...(Biarlah kte susah kat dunia dan menahan malu kat dunia dari muflis diakhirat)
2.Ingatlah dosa memaki hamun hanya terhapus dgn cara memohon maaf daripada org yang dimakinya...Begitu juga dgn memukul org atau melukannya,Islam memberi hak qisas(balas balik) kepada yang menjadi magsa...Perbuatan fitnah pula disyaratkan untuk memohon maaf dan mengisytiharkan kepalsuan fitnah tersebut....JIka memakan hak org lain,maka pulangkan nilai harta tersebut atau mendaptkan redha mangsa...Mampu kita lakukannya??Jika tidak,jgn bebuat dosa...

Sedarlah jika kita muflis didunia,kita punyai kwn dan sanak saudara untuk kte memulakan segalanya...tp jika muflis diakhirat dimanakan hala tuju melainkan neraka jahanam....Bersedialah berhadapan dgn mangsa2 anda di mahkamah Allah nnti...Kekuatan dan ruang di dunia ni hanya sementara,tetapi ingtlah bahawa doa manusia yang dizalimi tiada hijab di hadapan Allah...

Entry nie untuk peringatan pada diri sendiri dan semua...berbuat la baik pada makhluk Allah...kkdg kte byk mengeluarkan statement mengenai org lain...dan sampai tahap kte menfitnah org tersebut...Walaupun kte solat tp hubungan nagn manusia kte x jaga mcm ne kita nk mengadap Allah nanti???
Terlalu byk berckp pasal org kkdg jugak membuat hati kte kotor....apa kata just let  give Allah punish them..as human kte x hak nk punish org k..remember that...kte pun ada wat salah...so nape nk ckp pasal org lain???

Doa sama2 kte x dpt title muflis diakhirat....sekian terima kasih...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...