Oh tidak....semua org xnk muflis kan...Tp entry kali nie bukan pasal muflis kat dunia...
klo kat dunia nie kte tahu definisi nye kan...muflis pada zaman sekarang nie seseorang yang tiada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang )yang tidak mampu dibayar....
Tp nie lain lak....."Adakah anda semua mengetahui siapakah org yang muflis?"Sebagaimana biasa,salah satu teknik yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mendidik adalah dgn cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukan persoalan,diikuti dgn penjelasan Baginda kepada persoalan tersbut....
Para sahabat menjawab,"Muflis dalam kalangan kami ialah org yang tidak berduit dan tidak memiliki sebarang harta(aset)."Jawapan tersebut adalah mengikut kefahaman masyarakt ketika itu....
Lantas Rasulullah menjelaskan apakah pengertian muflis yang dimaksudkan.Baginda bersabda yang bermaksud:"Org yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseotang yang dibangkitakan di akhirat kelak bersama2 dgn pahala solat,puasa,dan zakat yang pernah dilakukan semsa di dunia....Namun pada masa yang sama ,dia juga membawa dosa memaki hamun org lain,menfitnah,memakan harta orang,menumpahkan darah dan memukul orang...Waktu perbicaraan(akhirat),diambil pahalanya (si muflis)dan dibayar kpd mangsa2 tersebut.Dan sekiranya telah habis pahalanya,diambil pula dosa-dosa mangsanya,lalu dibebankan kepada si muflis."Kemudian dihumban kedalam neraka!"(Riwayat Abu Hurairah,no 2581)...
Ya Allah...penjelasan Baginda amat menggerunkan hati2 org yang tersemai iman didasarnya,mereka bimbang akan terjerumus dgn kancah muflis.....Ya Allah ak x takut muflis didunia...tp ak amat gerun jika muflis di akhirat.....Seseorang yag diisytiharkan muflis didunia masih ada yg boleh membantu,Tapi apabila disiytiharkan muflis diakhirat,mana hala tuju lagi selain neraka...